Thursday 9 June 2011

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam



Di sitok kmk mok kata tentang bercinta mengikut syariah Islam. Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.


Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.


Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.


Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Saturday 4 June 2011

Kelebihan Surah al-Kahfi

Assalamualaikum.
Di sini aku mahu menulis tentang kelebihan surah al-Kahfi.Di sini juga terdapat hadis-hadis yang mengatakan tentang kelebihannya.

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


Jadi, pada hadis2 diatas telah menerangkan kelebihan kita membaca da menghafaz surah al-Kahfi.Kesimpulannya,bacalah surah al-Kahfi.

Friday 3 June 2011

Solat Itu Tiang Agama

Sabda Rasulullah SAW: "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". [Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]
Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar beriman kepada allah dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".
Kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:
1. Sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.
2. Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah SWT:
"Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". [Al-Ankabut ayat 45]
3. Solat itu dapat membantu kita samada dalam keadaan senang atau pun susah.
Firman Allah SWT: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". [Al-Baqarah ayat 153]
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".
4. Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.

5. Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.
6. Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.

Hidup Ini Singkat Ingat Akhirat

BERIMAN KEPADA ADANYA HARI AKHIRAT

Alam Akhirat memang diakui oleh hati nurani manusia. 
Manusia hidup di atas muka bumi ini singkat umurnya dan masa yang dilaluinya dalam alam yang fana ini adalah terhad, sedang keinginannya untuk hidup seberapa lama adalah keinginan semula jadi dan hajat kemahuannya pula dalam dunia ini tidak habis-habis, manakala cita-cita dan harapannya tidak terbatas. Tetapi kesudahannya ia akan mati. 
Ia mati sedang banyak lagi hajat kemahuannya yang belum tercapai dan dengan itu ia akan meninggalkan perkara-perkara yang menjadi idamannya di atas muka bumi ini, sebagaimana ia akan meninggalkan di belakangnya orang-orang yang dikasihi yang ia merasa sedih dan terharu untuk bercerai dengan mereka, dan mereka pula merasa sedih dan terharu terhadap kehilangannya. Dengan yang demikian tidak dapatkah mereka semua bertemu semula sesudah itu?
Ini ialah soal yang pertama.
Manusia juga selalu memerhati perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya, lalu dilihatnya kebaikan dan kejahatan benuang antara satu dengan yang lain dan ia pula menyaksikan pertempuran di antara keburukan dengan kemuliaan - atau apa yang dianggapnya buruk dan mulia - sedang perkara-perkara yang jahat dan yang buruk itu sungguh kejam dan menjolok mata.  Kerap kali pula kejahatan itu mengalahkan kebaikan, dan keburukan mengatasi kemuliaan. Manakala orang perseorangan - dalam peringkat umurnya yang singkat - tidak menyaksikan kesan balas dan tidak melihat akibat kebaikan dan kejahatan itu.
Manusia semasa ia masih kanak-kanak,  atau semasa ia hidup secara liar menurut hukum dan peraturan hutan rimba, perkara-perkara buruk dan baik yang demikian tidak menjadi hal kepadanya, kerana siapa yang kuat dialah yang akan hidup dengan bermaharajalela. 
Tetapi setelah manusia mulai timbul kesedaran hati nuraninya, maka ia tak sampai hati melihat kebaikan tersekat terus menerus dan kejahatan tidak menerima balasan yang sepadan dengannya. Tambahan pula iktiqad kepercayaan tentang wujudNya Allah Taala Yang Maha Adil sudah tentu akan diiringi kepercayaan tentang adanya balasan terhadap kebaikan dan kejahatan yang kalau pun tidak dapat dilaksanakan dalam alam yang fana ini, maka sudah semestinya akan terlaksana di sana dalam alam akhirat. 
Inilah pula soal yang kedua.
Manusia yang telah memakmurkan bumi dan melakukan berbagai jenis kemajuan dan kebaikan di dalamnya, sudah tentu tidak rela hati kecilnya menerima kesudahan seperti kesudahan seekor haiwan kecil yang melata yang tidak melakukan sesuatu jasa pun dan akan lenyap selama-lamanya. 
Inilah pula soal yang ketiga.
Soal yang pertama menunjukkan bahawa manusia sedar tentang nilai hidupnya.
Soal yang kedua pula menunjukkan kesedaran hati kecilnya menghargai keadilan yang sedia tersemat padanya.
Manakala soal yang ketiga menunjukkan kesedarannya tentang kemuliaan jenisnya sebagai manusia yang diberikan berbagai bagai persediaan dan keistimewaan. 
Dari desakan-desakan, soal-soal yang tersebut dalam hati nurani manusia- timbullah perasaannya mengakui adanya hari akhirat.
Dengan sebab yang demikian, maka agama Islam dengan sifatnya agama yang sebati dengan fitrah kemanusiaan menjadikan salah satu rukun imannya: Percayakan adanya alam akhirat dan segala yang berhubung dengannya.
Mengenal hari akhirat, Allah Taala berfirman, ertinya;
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat (177, Surah al-Baqarah)
Jelasnya, beriman kepada Allah Taala menentukan ma'rifat terhadap punca yang pertama yang terbit daripadanya alam seluruhnya dan beriman kepada hari akhirat pula menentukan ma'rifat terhadap kesudahan yang berakhir kepadanya alam yang ada ini.
Berdasarkan suluhan ma'rifat tentang punca yang menerbitkan segala-galanya dan kesudahan segala yang ada ini dapatlah manusia menentukan matlamat yang ditujunya dan menggariskan maksudnya serta menyediakan jalan-jalan dan cara-cara yang menyampaikannya kepada matlamat yang ditujunya dan maksud yang hendak dicapainya.
Oleh itu, apabila manusia ketiadaan makrifat yang demikian maka hidupnya akan tinggal terbiar dengan tidak tentu tujuannya.
Pada saat itu, manusia akan kehilangan ketinggian rohaninya dan sifat-sifatnya yang mulia dan hiduplah dia seperti kehidupan haiwan yang diarahkan oleh tabiat-tabiat dan persediaan semula jadinya dan inilah kejatuhan rohani yang menghancurleburkan keperibadian manusia.
Rasulullah s.a.w., pula menerangkan tentang soal percayakan hari akhirat itu menjadi salah satu dari rukun-rukun iman selain daripada yang tersebut pada hadis yang ketiga belas dalam "Muqaddimah Mastika Hadith" yang diterbitkan dahulu ialah dengan hadis-hadis seperti berikut:
55- عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ عَبْدٌ حَتَّى يُؤْمِنَ بِأَرْبَعٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ بَعَثَنِي بِالْحَقِّ وَيُؤْمِنُ بِالْمَوْتِ وَبِالْبَعْثِ بَعْدَ الْمَوْتِ وَيُؤْمِنُ بِالْقَدَرِ. (الترمذي)
55- Dari Ali, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya kepada empat perkara iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran,  dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan yang ditentukan kadar takdir oleh Allah. "
(Tirmizi)